C H E E K Y L I T T L E S M I L E;
Jun 16, 2014
Kronologi.

Assalamualaikum. Bonjour!


kronologi


Okay, nampak tak gambar kat atas tu. Em, hari ni Qi nak cerita pasal gambar kat atas tu lah. Cerita pasal diri Qi.

Okay kita mula :

1--> 30 January 2014
Gambar Qi pakai shawl hitam dengan T-shirt hitam. Tarikh yang takkan Qi lupa. Everything change time ni. Masa ni hari last MSR kat UniKL. MSR stand for Minggu Silaturahim. Hari last ni kitorang ada sukaneka dekat Padang Kelab Sultan Sulaiman. Dari pagi sampai tengah hari. Selama ni Qi takde masalah bila berjemur bawah matahari. Pitam tu pernah lah. Tapi tu sebab low blood pressure je. Masa ni Qi masuk sukaneka. Okay, after habis MSR, masa on the way balik rumah, I started feel something wrong with my face. Mula dari sini muka jadi mengelupas merah, macam ruam. I thought it was a sunburned at first. So Qi biarkan jela. Because I know it will disappear soon. And memang betul dia hilang lepas tu.

2 --> In the middle of February
Gambar Qi pakai pashmina turquoise. Masa ni dekat PPUM nak melawat kak dila. Sebab masa tu dia admitted. A day before masa kat class management, suddenly dada rasa sakit sangat. So, Qi ingat after jumpa kak dila tu nak pergi klinik widuri dekat area rumah Qi untuk check lah. Sekali pergi doctor pulak takde. Dalam bulan ni je Qi asek demam, sakit perut, sakit pinggang, tak lalu makan, badan lemah. Banyak kali pergi klinik, hospital. Semua kata Qila kena gastrik. Yang peliknya, Qila makan jugak walau tak banyak. Tak skip makan pun. Tapi lepas dua tiga jam makan mesti sakit perut.

3 --> 4 April 2014
Gambar ni masa Qi admitted for the first time dekat Sunway Medical Centre (SunMed). Actually ni dah hari keempat dah. Qi admitted 31 March 2014. Last day midsem break. Itupun sebab a day before that Qi tak boleh tidur sebab sakit perut yang teramat-amat. Sampai demam demam. Pagi tu pun tak okay lagi. Petang tu ayah mak balik kerja bawak pergi klinik panel sebab nak suruh refer SunMed pasal masa pergi Sime Darby Medical Centre(SDMC), dia kata SDMC dah tak jadi panel untuk insurance ayah. Okay then lari pergi PPUM sebab masa tu dada Qi sakit sangat, nak bernafas pun susah. Masa dekat situ, dia buat macam tak kisah je dengan Qi. Then nak tunggu nama kena panggil punya lah lama. Sampai dah pukul 1 pagi sampai Qi rasa dada Qi kurang sakit nama tak kena panggil panggil jugak. Sampai mak kata along boleh tak tahan, mak takut mak yang tumbang kat sini sebab masa tu mak tak rehat langsung. So kitorang blah camtu jela. Masa kat SunMed pergi bahagian emergency, Dia check demam Qi dah cecah 39. Dia tanya ayah guna insurance ke apa, ayah kata guna insurance terus dia suruh admit. Then mula mula doc suruh minum air ubat ni sebab nak buat ultrasound. Tapi belum sempat minum pun doctor suruh buat CT Scan and X-ray. And surprisingly doctor found blood clots inside my blood vessel near to my kidney then my lung got some infection. Nasib baik pergi SunMed. Kalau lah tak pergi doctor kata blood clots tu can block my heart. So Qi admitted for five days. Banyak ubat Qi makan such as Steroid (Prednisolone), Xarelto, lagi lupa dah. Haha

4 --> In the middle of April (terbalik dengan gambar pakai shawl hitam sebelah tu)
Gambar Qi pakai bawal hitam. Masa ni kaki dah start bengkak tapi macam tak serious sangat. Qi pergi lah jog dengan mak opah dengan adik. Both leg bengkak masa tu. 

5 --> 26 April 2014
Gambar Qi pakai shawl hitam dalam kereta. Masa ni nak pergi Low Yat sebab nak beli lappy. Dengan kaki bengkaknya. Haha

6 --> 4 May 2014
Masa ni kaki dah teruk. Dia bengkak sangat dan ada bahagian yang dah keluar air. Tapi sebab nak cari hadiah Cinta Hati Qi keluar jugak. Sebab masa tu dah lepas birthday dia dah. Lagipun nak jumpa darling sorang tu. Haha. Kaki terlampau bengkak sampai kasut pun lekang sampai kena cari kasut baru. Haha. A few days lepas tu kaki makin teruk terus jumpa doctor balik. Doctor suruh admitted sebab kaki terlampau bengkak. Okay bila admitted doc bagi injection semua suddenly masa jalan rasa sakit belakang betis. Doctor buat ultrasound dekat kaki and again doctor found blood clots in my leg. they called it deep vein thrombosis (DVT) and terus doctor suruh buat ultrasound dekat perut sebab takut ada blood clots dekat situ jugak. And doctor pelik kenapa still ada blood clots walaupun dah makan Xarelto (pencair darah). When refer to my Consultant Physician and Rheumatologist, Dr. Amir and started from that I know what happen to me actually. Mula mula rasa sedih jugak lah. But I keep try to be positive. Then doctor tukar ubat.

7 -->14 May 2014
Gambar Qi pakai tudung pink. Last day dekat SunMed. Tengah tunggu nak discharge. Macam macam ubat Qi dapat such as Prednisolone (steroid), Warfarin, Lasix, Calcium, Slow-K, Cellcept,Clexsane. 

8 --> 8 June 2014
Ni gambar Qi masa on the way pergi rumah arwah nenek sebab ada kenduri arwah. Tengok muka Qi makin lebar kan. Kadang tengok muka sendiri dah macam muka alien. Haha

9 --> 14 June 2014
Ni gambar Qi paling latest. Pakai printed wide shawl colour biru. Masa ni dah siap siap nak pergi Setia Walk Mall. Makin hari makin besar muka. Sampai kawan, junior semua dah tak recognize Qi dah. 

Nampak kan perbezaan dari mula sakit dulu. Tapi yang dagu tu maintain tajam. Pasal memang Qi pakai belvya dari sebelum makan steroid lagi. Tak sangka lah pulak dia maintain tajam. Kira Belvya ni berkesan jugak tau. Sebab Qi pernah pakai before sakit lagi. Qi pakai sekali dua perut Qi turun dua tiga cm masa tu. Belvya ni scrub. Boleh pakai the whole body. Tak panas, wangi. And sangat berkesan. Cuma sekarang ni kan perut Qi membesar, Qi try pakai belvya kat perut tak menjadi. Qi tanya doctor kenapa perut Qi makin besar. Then he said that protein leaking from my kidney. Thats why perut besar sikit. So for now Qi stop kejap pakai belvya pasal dia tak berkesan pun untuk perut Qi. Kena tunggu sampai takde protein leaking dari buah pinggang ni baru pakai balik. Pasal taknak membazir. Benda ni bukan murah ohh. Tak murah lah bagi orang macam Qi ni. Qi beli pun time ada sale. ngeee. 

So tu lah kronologi dari mula Qi sakit dulu sampai sekarang. Lagi satu motif letak gambar ni dekat instagram sebab taknak member member Qi terkejut nanti bila dah start class. Takut diorang tak kenal Qi pulak. Plus nanti kalau diorang baca kat sini, tak perlu lah Qi asyik nak jawab kenapa muka Qi berbeza dulu dengan sekarang. Tapi nasib baik badan tak naik. Cuma perut je jadi besar .Kalau tak, tak pasal je kena cari baju baru untuk pergi class. Alhamdulillah badan maintain je. Fuhh! Selamat. Haha. Okay lah rasanya dah cukup panjang berjela dah ni Qi membebel malam ni. Haha. Nanti next time Qi update lagi.

XOXO,
Au Revoir.

10:39 PM •
Jun 7, 2014
Pengalaman Qi dengan Steroid

Assalamualaikum. 

Korang, hari ni Qi nak cerita direct jelah. Malas nak bersimpang siur. Haha ==' Sebenarnya kalau korang nak tau Qi sekarang under treatment. Treatment apa tu tak perlu kut lah tau. Nanti kalau kalau Qi rasa nak bagitau Qi bagitau kay? Okay, Qi sekarang kena makan steroid. Okaylah sebenarnya Qi nak cerita pasal steroid ni haa.

Steroid. Actually, steroid ni banyak gila side effect. Tapi sebab dia boleh sembuhkan penyakit (kira macam ubat ajaib gitu) *berdasarkan apa yang Qi baca lah , So steroid ni banyak digunakan dalam perubatan kat hospital. 

Okay, ni pengalaman Qi sendiri lepas makan steroid.

Ni gambar hari keempat dekat wad (means hari keempat telan steroid)

First and Second week : Everything still under control. I mean side effect dia taklah nampak sangat.

Ni masa pergi joging (masa ni Qi taktau Qi takleh terdedah kat matahari dah)

Third and Forth week : Muka start bengkak. Jerawat naik kat muka. Selera makan bertambah. Perut membesar (yang ni confused sebab steroid ke sebab Qi sakit)

Fifth week : Tulang lutut Qi macam kena cengkam. Muka semakin besar. Nafsu makan makin over and over (Qi rasa macam Qi monster sekarang asyik nak makan aje)

Sekarang dah dua bulan ++ Qi makan steroid. Muka ni tak payah cakaplah. Memang moon face betul. Kulit makin menipis. Lutut makin teruk. Luka Qi pun lambat gila sembuh sebab makan steroid. Dah sebulan lebih luka tak kering. Makan antibiotic dua minggu pun belum okay. Steroid punya penangan. Tapi sekarang doctor dah start kurangkan steroid Qi. Dari 12 tablet per day sekarang 6 tablet per day. Mengharap betul jumpa doctor untuk follow up ni dia kurangkan lagi dose steroid ni. Tak sanggup menahan side effect dia ni haa. Lagi lagi tang bengkak muka, jerawat dengan lutut ni. 

So, pesan Qi sape sape yang memang kena makan steroid ni haa tolong dan tolong lah jaga diri anda daripada terluka ke apa ke. Serious dia ambil masa agak lama untuk baik. Lagi lagi luka yang agak dalam. 
Tapi takpelah Qi redha je la *bunyik more to pasrah je Hahaha.

Okaylah. Tu lah pengalaman Qi dengan steroid. Eceh ayat takleh blah langsung. Haha. Okaylah thats all for tonight. Next time Qi story lagi (kalau ada cerita lah)

XOXO,
Au Revoir.


9:17 PM •
PASTFUTURE
My words!


" I just wanna fly away with my heart from all the bitch for a while "
Blogger since April 2009


Status : CURRENTLY IN LOVE ❤

Tagboard

" Please Spread Your Love Here ? "


Throwback

November 2012

February 2013

March 2013

May 2013

June 2013

August 2013

September 2013

October 2013

January 2014

April 2014

May 2014

June 2014

August 2014

September 2014

January 2015

April 2015

August 2015

October 2015

December 2015

July 2016

January 2017


Credits

Full edit: Qiell Kamal
Basecode: Qiell Kamal
Photo: We Heart It
Design: Inspired by Glam Up by Sora Template

Thanks GuysXD