C H E E K Y L I T T L E S M I L E;
Jun 7, 2014
Pengalaman Qi dengan Steroid

Assalamualaikum. 

Korang, hari ni Qi nak cerita direct jelah. Malas nak bersimpang siur. Haha ==' Sebenarnya kalau korang nak tau Qi sekarang under treatment. Treatment apa tu tak perlu kut lah tau. Nanti kalau kalau Qi rasa nak bagitau Qi bagitau kay? Okay, Qi sekarang kena makan steroid. Okaylah sebenarnya Qi nak cerita pasal steroid ni haa.

Steroid. Actually, steroid ni banyak gila side effect. Tapi sebab dia boleh sembuhkan penyakit (kira macam ubat ajaib gitu) *berdasarkan apa yang Qi baca lah , So steroid ni banyak digunakan dalam perubatan kat hospital. 

Okay, ni pengalaman Qi sendiri lepas makan steroid.

Ni gambar hari keempat dekat wad (means hari keempat telan steroid)

First and Second week : Everything still under control. I mean side effect dia taklah nampak sangat.

Ni masa pergi joging (masa ni Qi taktau Qi takleh terdedah kat matahari dah)

Third and Forth week : Muka start bengkak. Jerawat naik kat muka. Selera makan bertambah. Perut membesar (yang ni confused sebab steroid ke sebab Qi sakit)

Fifth week : Tulang lutut Qi macam kena cengkam. Muka semakin besar. Nafsu makan makin over and over (Qi rasa macam Qi monster sekarang asyik nak makan aje)

Sekarang dah dua bulan ++ Qi makan steroid. Muka ni tak payah cakaplah. Memang moon face betul. Kulit makin menipis. Lutut makin teruk. Luka Qi pun lambat gila sembuh sebab makan steroid. Dah sebulan lebih luka tak kering. Makan antibiotic dua minggu pun belum okay. Steroid punya penangan. Tapi sekarang doctor dah start kurangkan steroid Qi. Dari 12 tablet per day sekarang 6 tablet per day. Mengharap betul jumpa doctor untuk follow up ni dia kurangkan lagi dose steroid ni. Tak sanggup menahan side effect dia ni haa. Lagi lagi tang bengkak muka, jerawat dengan lutut ni. 

So, pesan Qi sape sape yang memang kena makan steroid ni haa tolong dan tolong lah jaga diri anda daripada terluka ke apa ke. Serious dia ambil masa agak lama untuk baik. Lagi lagi luka yang agak dalam. 
Tapi takpelah Qi redha je la *bunyik more to pasrah je Hahaha.

Okaylah. Tu lah pengalaman Qi dengan steroid. Eceh ayat takleh blah langsung. Haha. Okaylah thats all for tonight. Next time Qi story lagi (kalau ada cerita lah)

XOXO,
Au Revoir.


9:17 PM •

0 Comments:

Post a Comment

Please leave some comment here♥.

PASTFUTURE
My words!


" I just wanna fly away with my heart from all the bitch for a while "
Blogger since April 2009


Status : CURRENTLY IN LOVE ❤

Tagboard

" Please Spread Your Love Here ? "


Throwback

November 2012

February 2013

March 2013

May 2013

June 2013

August 2013

September 2013

October 2013

January 2014

April 2014

May 2014

June 2014

August 2014

September 2014

January 2015

April 2015

August 2015

October 2015

December 2015

July 2016

January 2017


Credits

Full edit: Qiell Kamal
Basecode: Qiell Kamal
Photo: We Heart It
Design: Inspired by Glam Up by Sora Template

Thanks GuysXD